Glosari
Mas kahwin, hak isteri sejak akad
Mas kahwin, atau maskahwin, ialah pemberian wajib suami kepada isteri semasa akad nikah. Ia menjadi hak isteri sebaik akad sah.
Jumlahnya dipersetujui sebelum akad dan biasanya dicatat dalam sijil nikah. Ia boleh dibayar penuh semasa akad atau sebahagiannya ditangguhkan.
Jika ada baki tertangguh yang tidak dibayar, isteri berhak menuntutnya. Contohnya, jika suami berkahwin lagi tanpa kebenaran mahkamah, dia mesti segera membayar seluruh baki mas kahwin kepada isteri sedia ada.[1]
Mas kahwin berbeza daripada iwadh dalam khuluk. Iwadh ialah bayaran isteri kepada suami untuk menebus cerai, bukan hak isteri. Baca tuntutan mas kahwin dan iwadh khuluk untuk bezanya.